Tuesday, September 1, 2015

Filled Under:

MENGEJUTKKAN !!! 4 Gambar : Wajah suspek tikam Bilal dengan pisau rambo


Seorang lelaki warga tempatan berjaya diberkas oleh sepasukan anggota 
polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan. Kejadian berlaku sekitar 
pukul 9.15 malam semalam di tapak pesta ria bersebelahan sebuah pasaraya 
di Tanah Putih. Mangsa dan rakannya telah ternampak sebuah motosikal 
bersama anak kunci motosikal yang diletakkan di suis motosikal tersebut.

Mangsa yang bimbang motosikal itu dicuri telah mengambil langkah dengan mengambil 
anak kunci motosikal untuk disimpan dan meninggalkan nota di atas motosikal. 

Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali oleh mangsa datang menikam 
belakang mangsa menggunakan sebilah pisau rambo. Lantas mangsa menjerit kesakitan 
dan berlaku pergelutan dengan suspek. Seterusnya, suspek melarikan diri dengan 
menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam. 


Mangsa telah mengalami kecederaan akibat tikaman yang menyebabkan paru-paru
 mangsa koyak dan rakan mangsa telah mengalami luka di tangan dan kaki. Tidak 
berakhir di situ, suspek akhirnya berjaya diberkas dan pihak polis turut merampas 
senjata yang digunakan suspek.

Hasil soal siasat, suspek telah bertindak sedemikian setelah kehilangan motosikal 
miliknya minggu lepas di lokasi yang sama dan mengambil keputusan untuk 
mengumpan motosikal milik abangnya. Suspek telah meninggalkan anak kunci di 
suis motosikal serta memerhatikan dari jarak jauh lalu menyangka mangsa adalah 
suspek yang telah mencuri motosikal miliknya yang telah hilang. 

Suspek, 26 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 KK. Orang 
ramai dinasihatkan agar mengambil iktibar dan jangan mengambil tindakan terburu-buru, 
sebaik-baiknya rujuk kepada pihak berkuasa untuk membantu.




0 comments:

Post a Comment