Tuesday, September 8, 2015

Filled Under:

Dua Wanita Terkejut Kena Bayar Parkir Sebanyak RM12,177 Untuk Tempoh Empat Jam



KUALA LUMPUR: Dua wanita terkejut besar apabila mereka terpaksa membayar caj letak kereta berjumlah RM12,177 untuk tempoh hanya empat jam, di salah sebuah pusat membelah belah di ibu negara selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi.

Menurut salah seorang daripada mangsa, yang dikenali sebagai Datin Ira Ghani, caj berkenaan jelas tidak munasabah, sedangkan jumlah RM12,177 hanya boleh dikenakan jika seseorang meletak kenderaannya selama 408 hari.

“Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” katanya dipetik daripada portal myMetro.

Kejadian itu berlaku apabila rakannya mahu membayar caj parkir di mesin automatik berkenaan.

“Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.

“Kami terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik,” ceritanya sambil tertawa.

Selepas membuat aduan tentang jumlah tidak masuk akal itu, kedua-dua wanita berkenaan dimaklumkan terdapat masalah teknikal di mesin automatik berkenaan dan bayaran yang sepatutnya adalah RM12 sahaja




0 comments:

Post a Comment