Sunday, September 6, 2015

Filled Under:

11 Kuasa Superhero Yang Ada Pada Seorang Isteri Yang Hebat



Kita selalu lihat cerita superheros di layar perak dan kaca tv. Tentu sekali kagum dengan kehebatansuperheroes tersebut. Namun, tahukah bahawa isteri juga adalah seorang superhero?

Definisi hebat bukan hanya di ranjang semata-mata. Ramai yang tersilap. Ini kerana banyak lagi perkara lain yang isteri buat, yang sebenarnya nampak hebat.

Biasalah, suami akan buat tidak perasan atau buat-buat tidak nampak. Adakah ini kerana naluri seorang perempuan yang mahukan yang terbaik untuk keluarga?

Apakah antara fakta tentang isteri hebat bak superhero ini?

Berikut adalah antara perkara yang kami rasakan antara super-power yang isteri ada.

1. Isteri boleh buat kerja dalam 0.02 saat

Ok, itu tipu. Cuma nak kata, isteri boleh buat kerja dengan sangat pantas. Ya, bagaikan ada 10 tangan. Semua benda dia boleh buat dengan cepat.

Isteri akan menyelesaikan sesuatu perkara dengan cepat. Isteri biasanya tidak akan menangguhkan sesuatu kerja. Apabila dia ternampak sesuatu yang perlu diselesaikan, dia akan terus menyelesaikannya.

Berbanding suami, mereka lebih suka tangguh. Sudah dipesan banyak kali, masih lagi tidak melakukannya. Buang sampah pun boleh ambil masa seminggu.

2. Isteri boleh buat kerja multi-tasking


Bayangkan begini. Isteri boleh sapu lantai sambil menyusukan anak sambil melipat baju dan juga menjerang air di dapur. Itu baru sedikit.

Isteri juga boleh menonton TV sambil melihat kerja-rumah anak sambil berbual dengan suami sambil mengetip kuku anak.

Hebat bukan? Apa lagi kerja multi-tasking yang biasa ibu buat?

3. Isteri ingat sesuatu yang suami tidak ingat


Cuba tanya, berapa berat anak sulung semasa lahir? Isteri akan dapat jawab dengan selamba. Suami?
Lelaki mempunyai kecenderungan untuk melupakan sesuatu yang sudah lama berlaku, mahupun yang baru diberitahu. Berlainan pulanya dengan isteri, mereka mempunyai ingatan yang sangat kuat.

Mereka boleh mengingati segala apa yang dilakukan oleh suami, yang baik malah yang buruk juga.


4. Isteri boleh tahan sakit bersalin


Suami, sakit bersunat pun belum tentu tahan. Inikan pula sakit bersalin!

Isteri yang melahirkan anak adalah seorang ibu yang menakjubkan. Isteri yang menjaga anak, tidak kira berapa banyak adalah sangat hebat.

Kajian menunjukkan tahap positif pendidikan kanak-kanak banyak disumbangkan oleh ibu dan tahap pendidikannya. Sangat bersyukur kerana ibulah yang banyak membantu anak-anak belajar dan membuat kerja rumah.

Isteri boleh jaga 10 orang anak dalam satu-satu masa. Cuba tinggalkan suami dengan seorang anak untuk satu hari. Nescaya, akan tunggang-langganglah rumah itu. Kalau tak percaya, cubalah.

5. Isteri akan sayangkan suami walaupun nampak kebodohan dan lurus-bendul


Ini antara kuasa yang hebat.

Suami perlu terima hakikat ini: Ada lelaki yang melakukan perkara yang bodoh dan isteri biasanya akan menjeling sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ironinya, walaupun setelah kita melakukan perkara yang diluar tahap kepandaian itu, isteri tetap menyayangi suami.

Sambil tepuk dahi dan geleng kepala, isteri kadang-kadang malas mahu masuk campur. Maka dibiarkan sahajalah.

6. Isteri boleh jaga suami dengan penuh kasih-sayang bila dia sakit


Lelaki sangat lemah apabila dijangkiti penyakit. Lemah atau mengada-ngada? Entahlah.
Perempuan boleh menjalani hari-hari seperti biasa tanpa diketahui mereka sedang sakit. Walaupun mereka sakit, mereka meneruskan aktiviti harian seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi apabila suami yang sakit, perasaannya seolah-olah dah macam nak mati!


7. Isteri boleh baca minda suami,ada kuasa psikik


Contohnya, dia boleh tahu apa menu yang suami nak makan.

Kami mengagumi para isteri kerana mereka tahu sumber motivasi suami, iaitu perut. Godaan dari masak lemak cili api atau patin masak tempoyak atau asam pedas kepala ikan merah akan menyebabkan suami tunduk pada kehendak isteri.

Lebih-lebih lagi jika masakan yang sama dengan masakan ibu mertua.


8. Isteri ada deria keenam (sixth sense)


Isteri ibarat seperti radar! Mereka mengetahui sesuatu yang akan terjadi atau mereka menjangkakan sesuatu yang anda perlukan walaupun anda masih belum memerlukannya.

Kami sangat mengagumi isteri kerana ciri-ciri unik ini. Ia dapat menjauhkan suami dari masalah dan mencipta peluang yang hebat untuk jangka masa pendek dan panjang.

Maka, kalau suami mahu curang, isteri sudah dapat rasa. Berhati-hatilah.

9. Isteri tahu di mana kedudukan setiap barang


Anda pernah alami situasi apabila anda bertanya “Sayang, mana abang punya (namakan barangan anda)?” dan dia mengetahui di mana kedudukan barang tersebut?

Mereka boleh memberitahu di mana anda letakkan kunci kereta atau telefon bimbit anda atau seluarslack biru kegemaran anda. Memang betul-betul hebat.

Cuma jangan terasa bila isteri kata, “Cari pakai mata ke pakai lutut?

10. Isteri boleh ‘transform‘ macam Transformers


Cuma dalam kes ini bukanlah Transformer. Dia boleh transform jadi lipas kudung.

Katakan suami baru terima panggilan, ada tetamu mahu datang rumah. Tambahan lagi kalau ibu mertua mahu berkunjung. Maka disinilah episod hebat si isteri akan dapat dilihat dengan mata kasar.

Baju-baju yang tak berlipat akan terus dicampak dalam bakul. Pinggan kotor akan dibasuh dalam masa yang teramat singkat.

Siap anak-anak boleh dimandikan dengan memberikan arahan dari jauh sambil menyapu lantai. Suami jangan tengok dengan mulut terlopong sahaja. Bantu-bantulah mana yang boleh.


11. Isteri lebih bijak dari suami


Ramai suami tahu akan perkara ini. Namun, sesekali mereka tidak akan beritahu depan isteri tentang perkara ini. Paling tidak, akan terdetik di hati suami, “Pandai juga bini aku ni ye

Suami selalunya tidak memberikan pujian yang cukup pada isteri. Tetapi, suami tahu mereka sukakan pelbagai ciri yang ada pada isteri.

Akhir kata


Jangan berani menidakkan fakta ini kerana ia terbukti benar. Namun isteri tidaklah boleh mendabik dada kerana perkahwinan bukan bermakna hidup sendirian, dan jadi hebat sendirian.

Pupuklah kasih sayang bersama-sama, dan jadikan suami isteri pasangan yang hebat, dunia akhirat.
Adakah antara termasuk ada 10 kuasa isteri hebat ini? - Siraplimau
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




0 comments:

Post a Comment