Tidak ada perempuan yang tak inginkan pasangan seperti yang mereka mahukan. Seorang lelaki yang punya paras rupa menarik, punya pekerjaan yang bagus, gaji yang besar dan sebagainya. Ada pula yang hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh menyayangi dan mencintanya sepenuh hati.
Gadis ini pula inginkan lelaki yang sama taraf dengannya. Ini adalah cerita bagaimana seorang lelaki miskin yang cuba melamar seorang gadis kaya namun lamarannya ditolak kerana tidak setaraf.
“Gaji awak sama banyak dengan duit belanja yang saya dapat setiap hari. Macam mana saya boleh hidup dengan awak?”
Gadis itu meneruskan lagi, “Bagaimana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin jatuh hati dengan awak, jadi lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak!”
Atas beberapa sebab lelaki ini tidak boleh lupakan gadis tersebut. Lebih kurang 10 tahun, mereka secara tidak sengaja bertemu di sebuah kompleks membeli belah. Wanita ini masih lagi mengenali lelaki tersebut.
“Hei, apa khabar? Saya dah berkahwin dengan seorang lelaki yang bijak dengan gajinya berjumlah $15,700 sebulan. Boleh lawan?”
Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa sambil menahan sebak dengan kata-kata gadis itu. Tidak berapa lama kemudian, suaminya datang. Tanpa sempat berkata apa-apa, suaminya yang mengenali lelaki tersebut menegur.
“Tuan? Selamat tengah hari. Nampaknya tuan dah jumpa isteri saya.”
“Selamat tengah hari, En..?”
“En Carter, tuan.” Tambah suaminya.
“Selamat tengah hari, En..?”
“En Carter, tuan.” Tambah suaminya.
Sambil memandang isterinya dan berkata, “Sayang, kenalkan bos saya. Dia lah pemilik projek $100juta yang saya tengah kerja sekarang.”
Wanita tersebut terkejut tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu tersenyum dan berkata, “En Carter, nampaknya saya terpaksa beransur dulu,. Ada perkara penting saya nak uruskan. Gembira bertemu awak hari ni.”
Mereka hanya memandang lelaki tersebut berlalu pergi. Masih tidak mempercayai apa yang baru berlaku, wanita tersebut bertanya kepada suaminya, “Dia bos awak?” “Ya sayang. Dia seorang lelaki yang sangat merendah diri, tapi kisah hidupnya sedih. Mereka cakap, dia pernah mencintai seorang perempuan tapi ditolak kerana dia miskin. Sejak itu dia berusaha keras untuk buktikan dia boleh berjaya dan jadi kaya seperti sekarang. Tapi dia masih tak boleh lupakan perempuan tersebut sebab tu dia masih bujang.”
“Alangkah bertuahnya perempuan tersebut kalau dia berkahwin dengan bos saya.”
Ini adalah kisah untuk kita supaya tak mudah untuk mengadili seseorang. Tak semestinya hari ini dia orang miskin 10 tahun lagi dia akan terus miskin.
0 comments:
Post a Comment