Monday, September 7, 2015

Filled Under:

WANITA DI HONG KONG MERENUNG MATAHARI 1 JAM SETIAP HARI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN


Ramai orang beranggapan hanya mereka bertubuh badan ideal dan kurus sahaja boleh didefinisikan sebagai cantik. Jadi, berlumba-lumba manusia tak kira lelaki mahupun perempuan untuk menurunkan berat badan walau apa jua caranya.
Wanita Di Hong Kong Merenung Matahari 1 Jam Setiap Hari Untuk Turunkan Berat Badan
Wanita Di Hong Kong Merenung Matahari 1 Jam Setiap Hari Untuk Turunkan Berat Badan
Tertalu banyak cara yang orang gunakan untuk kuruskan badan. Tak kurang juga produk-produk kecantikan badan yang kadangkala boleh memudaratkan kesihatan. Di Hong Kong pula ada satu cara pelik untuk wanita dapatkan berat badan yang mereka inginkan iaitu dengan memandang ke arah matahari selama lebih kurang satu jam.
Tetapi ini bukanlah pertama kali kaedah ini diperkenalkan kerana ia dipercayai berasal dari Eropah. Kaedah ini menunjukkan bahawa hanya dengan merenung matahari akan memberikan anda tenaga solar yang cukup untuk menggantikan kalori daripada makanan sebenar.
Wanita ini akan beratur dua kali sehari dan merenung matahari yang dipercayai boleh menghilangkan berat badan. Ramai penduduk tempatan juga percaya bahawa ia juga boleh memperbaiki penglihatan iaitu bertentangan dengan apa yang kita belajar yang melihat terus ke arah matahari boleh merosakkan mata.




0 comments:

Post a Comment