‘SAYA TERPEGANG SESUATU YANG KERAS SEMASA MEREKA MEROGOLNYA’ …PENGAKUAN MANGSA merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri ‘SAYA TERPEGANG SESUATU YANG KERAS SEMASA MEREKA MEROGOLNYA’ …PENGAKUAN MANGSA.
Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengakusalah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapakdi sini pada pukul 1 pagi 5 November lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis.
Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu disiarkan akbar.
Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.
Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.
0 comments:
Post a Comment