Cerita semalam
Aku balik dari Kedah, singgah di Kota Bharu untuk ambil anak dan isteri. Elok sampai rumah mentua di Pulau Melaka, Allah tidurkan aku. Jam 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap-siap semua barang dalam kereta, kami pun bertolak.
Sampai di traffic light Pulau Melaka, aku nak isi minyak kereta. Biasanya aku akan isi minyak di Tok Bali. Tetapi malam tadi, Allah gerakkan hati untuk isi minyak di Petronas Pulau Melaka itu juga.
Pada waktu itu, hujan renyai-renyai. Elok aku parking kereta di pam minyak, aku ternampak keluarga ini. Aku pergi bayar duit minyak dan terus isi sambil memandang keluarga ini. Aku tengok anak kecil mereka bermain di samping ibunya yang sedang duduk. Ayahnya kelihatan duduk di sebalik motosikal dengan muka tunduk ke bawah. Aku perasan, ada seorang lagi anak mereka tidur di atas mosotikal sambil berselimutkan kain batik.
Selesai isi minyak, aku terus menuju ke arah mereka.
"Dari mana nak ke mana?"
"Dari Pasir Putih, nak ambil anak di HUSM. Anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru-paru. Hari ini dah boleh keluar. Pergi Pasir Putih nak pinjam duit dengan mak saudaranya. Tetapi tak dapat. Sampai sini, minyak motosikal habis. Tapi duit tak ada nak isi minyak. Rumah di Rantau Panjang," katanya.
Mata si isteri dah mula berair. Aku dapat rasakan air mata itu ikhlas. Aku tengok motosikal mereka, ada pelekat Ustaz Azhar Idrus. Si suami pun pakai kopiah. Aku dah mula bersimpati dan merasakan mereka ini jujur dan orang baik-baik.
"Sakit apa? Kencing manis ke?"
"Sakit misteri. Selepas berubat di Perubatan Islam di Bangi, baru sembuh. Doktor hampir-hampir nak potong kaki," katanya.
Pada masa itu, ada dua tiga orang yang datang menghampiri kami. Aku terangkan masalah mereka, manalah tahu ada yang berniat mahu menolong.
Alhamdulillah, dengan rela hati beberapa orang menghulurkan not biru dan hijau. Raut wajah mereka terus berubah ceria. Masa itu, terasa nikmat yang Allah bagi. Walaupun aku hanya memandu Myvi, bukan Mercedes atau BMW, tetapi ada orang yang lagi susah.
Aku ada ambil nombor telefon abang ini. Nama dia Nasrul, sudah sebulan tak bekerja sebab nak menjaga anak di HUSM. Isteri dia pula jalan bertongkat. Tak mampu nak menguruskan diri sendiri. Sebab itu dia tidak mempunyai wang. Nasrul hanya bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta.
InshaAllah aku akan melawat mereka lagi minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa-apa sumbangan dikutip. InshaAllah. - Mohd Azraie Daud
0 comments:
Post a Comment