Sunday, September 6, 2015

Filled Under:

Pegawai Polis Trafik Maut Dirempuh Mat Rempit



Kluang: Seorang pegawai polis trafik wanita maut apabila diremput oleh mat rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang,  Asistem Komisioner Mohamad Laham, pegawai berkenaan, Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota dan sukarelawan polis ketika kejadian berlaku.

Selepas sejam operasi itu bermula, terdapat sekumpulan penunggang motosikal dari arah Mersing menuju ke bandar Kluang cuba meloloskan diri.

Seorang daripadanya kemudian turut merempuh Margaret," katanya memetik laporan dari myMetro.

Tambah beliau, Margaret kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Margaret dilaporkan kritikal akibat patah tangan kir, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalam di perut sebelum disahkan meninggal oleh pihak Hospital.

Margaret sudah bekerja di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejak lima tahun yang lalu.




0 comments:

Post a Comment