Wednesday, September 2, 2015

Filled Under:

Teman Lelaki Minta Putus Di WeChat, Wanita Ini Berguling Di Jalan

Di Hong Kong, seorang wanita tidak dapat menerima hakikat apabila teman lelakinya memutuskan hubungan mereka melalui WeChat.
Disebabkan perkhabaran perit dan menyedihkan itu, wanita tersebut meroyan dan berguling-guling di tempat awam.
text-message-breakup
Di kawasan kaki lima dan tempat pejalan kaki, wanita itu dilihat terbaring dan menghentakkan kakinya sambil menjerit, “Tuhan , tolonglah aku! Saya mahu bersama anda selama-lamanya dan Saya tidak mahu hidup lagi! “.
“Dua puluh enam tahun! Di dalam mimpi saya, saya melihat dia, tak faham ke?”
“Hati saya di sini! Jiwa saya di rumah! Kekasih saya di rumah,” wanita itu menjerit.
text-message-breakup2
Orang ramai berkumpul dan tertanya-tanya apa yang terjadi kepada wanita tersebut, sambil berusaha untuk menenangkannya.
text-message-breakup3
“Saya akan menangis sepuas-puasnya! Saya mahu bersama dia selama-lamanya! Tuhan! Selamatkan saya! “
“Seseorang tolong pukul saya sampai mati! Saya telah kenal dia selama 26 tahun! Adakah anda semua faham ?! Semua tak guna! Tak guna!”
text-message-breakup5
Menurut laporan Daily Oriental, wanita tersebut berusia 24 tahun dari bandar Maoming. Jadi bagaimana dia boleh mengenali lelaki selama 26 tahun?
text-message-breakup7
Pegawai polis terpaksa mengikat wanita tersebut dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.




0 comments:

Post a Comment