Wednesday, September 2, 2015

Filled Under:

Cikgu Cuba Cara ‘Rare’, Elak Pelajar Meniru Dalam Peperiksaan

Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk pastikan pelajar tidak meniru semasa ujian ataupun peperiksaan.
Tetapi, cara unik yang dilakukan di sekolah MTs Tasywiquth Thullab Salafiyyah (TBS), di Kudus, Jawa Tengah ini memang ‘rare’ dan boleh dikatakan agak berkesan.
Untuk elakkan dari pelajar meniru, mereka perlu menutup wajah mereka dengan kertas yang diselitkan pada songkok yang mereka pakai.
Seorang guru sekolah tersebut bernama Yuniar Fahmi Lathif berkata, cara tersebut akan memastikan pelajar hanya boleh pandang ke bawah sahaja. Jika mereka menoleh ke kiri atau ke kanan, pasti akan dapat dilihat.
Tambahnya lagi, cara tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada pelajar tentang kesan tidak mengulangkaji pelajaran dan bukan hanya mengharapkan dengan meniru.
Selain itu, cara itu juga adalah untuk menjadikan pelajar lebih jujur dan amanah.
MTs TBS merupakan sekolah menengah agama khas untuk pelajar lelaki yang memang terkenal dengan peraturan disiplin yang ketat.
Hurm.. agak-agak ada tak cikgu yang nak guna cara macam ni nanti?




0 comments:

Post a Comment