Wednesday, September 2, 2015

Filled Under:

BIADAP !! ‘Umat Islam Gila dan Bangang Sanjung Nabi Muhammad’


Walaupun sebelum ini editorial majalah Charlie Hebdo, Perancis musnah akibat kebakaran gara-gara menghina Nabi Muhammad s.a.w. tahun lalu, namun masih ada lagi cubaan individu bukan islam yang menghina dan memburuk-burukkan Islam dan Rasulullah s.a.w.

Terbaru blogger seks, Alvin Tan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik status di laman ‘Facebook’nya, dengan menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

Apa yang ditulisnya bersifat hasutan dimana dia sangat meluat kepada orang beragama Islam. Malah, dia juga cuba membuat perbandingan antara agama Islam dan agama Buddha.

Antara tulisannya berbunyi seperti “Aku meluat setiap kali orang Islam kata Islam itu sempurna, Islam itu indah.. bacalah Qur’an, lihat berapa rangkap yang suruh pengikut Islam bunuh kafir, bunuh murtad, bunuh Yahudi. Agama yang sempurna tidak akan mengajar pembunuhan tak kira apa jua keadaan,”katanya.

Alvin yang membandingkan agama Islam dan buddha juga memaklumkan buddha melarang pembunuhan tidak kira perang atau keamanan. Bahkan semut dilantai juga katanya tidak boleh di pijak sekali gus mengangkat buddha sebagai agama lebih sempurna dalam aspek nilai.

Alvin yang menghina Rasulullah s.a.w juga turut memaki umat Islam dengan perkataan gila dan bangang kerana menyanjung Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi statusnya juga, Alvin mengutuk tindakan dan mendakwa Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang suka berperang, memperdagangkan hamba, merogol kanak-kanak di bawah umur dan seorang yang dilabel sebagai gila seks.

Blogger seks ini turut mempertikaikan undang-undang Islam sekali gus mengaitkan Rasulullah s.a.w seorang perogol yang diberi pelindungan dalam Islam.

“Aku tau la..rogol tu susah nak bukti, sebab tak ada 4 muslimin dewasa buat saksi kan. Kah kah kah, peraturan bodoh yang sememangnya direka cipta untuk menggalakkan perogolan wanita dn meningkatkan perlindungan bagi golongan perogol seperti Muhammad sendiri,” tulisnya sebelum mengakhiri dengan tiga hashtag berbunyi #IslamItuBodoh #IslamItuTaik dan #IslamItuSetan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyifatkan penulis blog kontroversi itu sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya yang sering mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.

Khairy berkata, Alvin merupakan seorang yang penakut apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melarikan diri ke luar negara. – SuaraTV




0 comments:

Post a Comment