Thursday, July 9, 2015

Filled Under:

Unik.. Lelaki Turki Cipta Sejadah Bercahaya Bila Arah Kiblat Tepat



SEBAGAI seorang muslim, semua maklum Kaabah, Makkah merupakan titik rujukan bumi yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam.
Oleh itu, mengetahui arah kiblat adalah kemestian bagi umat Islam dalam mendirikan solat kepada Allah SWT.
Namun, sejauh mana anda yakin posisi arah kiblat yang anda amalkan selama ini adalah tepat ke arah Kaabah? Dan bagaimana pula jika ada yang tidak tahu arah Makkah di mana?
Usah gusar lagi, kerana seorang lelaki Turki, Soner Ozenc berjaya mencipta teknologi yang mudah dan praktikal iaitu sejadah yang boleh bercahaya apabila berada pada arah kiblat yang tepat.
glow 111220910_854865817895969_7733978444105860245_nglow 3
10392515_854865827895968_5140758714708178568_n
Sejadah unik yang diberi nama El Sajjadah itu dikatakan diperbuat menggunakan bahan neoprene yang mempu bercahaya mengikut corak yang direka iaitu imej Masjid Biru di Istanbul.
Menurut Ozenc, sejadah itu mempunyai kompas digital yang boleh menentukan arah kiblat dan memberikan maklumat kepada pengguna.
Uniknya, sejadah ini juga dilengkapi dengan butang yang boleh menutup cahaya lampu pada sejadah berkenaan.
Difahamkan, pada masa ini hanya terdapat dua El Sajjadah di dunia kerana Ozenc masih lagi mengumpul dana untuk pengeluaran tikar ini secara besar-besaran suatu hari nanti.
Kita doakan semoga usaha Ozenc untuk mengeluarkan sejadah berteknologi ini berjaya tercapai. – MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment