Tuesday, July 7, 2015

Filled Under:

6 Akaun Bank Yang Terbabit Dengan Pendedahan WSJ di Bekukan…


Pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan penyaluran wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri, mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank dipercayai terlibat dalam kes itu.
Perintah itu dikeluarkan semalam, menurut kenyataan bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
“Selain itu, pasukan petugas khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.
“Pasukan petugas khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” kata mereka.
Dalam kenyataan awal petang ini, mereka berkata siasatan masih berjalan dan menyeru semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.
Pasukan petugas khas itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas akaun yang diarahkan beku itu milik siapa.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini menggegarkan negara dengan laporan terdapat sejumlah besar dana daripada badan berkaitan 1MDB berakhir di akaun peribadi Najib di AmBank.




0 comments:

Post a Comment