Wednesday, July 22, 2015
Filled Under:
Tiada Amukan Gajah Dilaporkan, Orang Ramai Diminta Henti Sebar Khabar Angin
Posted By:
a
on 3:40 AM
Gerik : Berikutan tersebarnya beberapa keping gambar di laman sosial yang menjadi viral kononnya berlaku kemalangan melibatkan gajah mengamuk di Banjaran Titiwangsa berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa.
Dalam maklumat yang disebarkan di laman sosial sebelum ini mendakwa dalam kemalangan tersebut menyebabkan beberapa orang telah meninggal kerana diserang gajah liar yang mengamuk.
Namun perkara ini dinafikan oleh pihak polis dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin berkenaan yang dilihat seperti mahu menakut-nakutkan orang ramai yang melalui jalan tersebut di mana ia merupakan jalan utama menghubungkan utara tanah air dengan Kelantan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.
“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya.
Selain dari maklumat Harian Metro, SK sendiri menjumpai kenyataan yang dibuat oleh saudara mangsa kemalangan yang menafikan kejadian tersebut berpunca dari serangan gajah.
Jadi orang ramai terutamanya pengguna media sosial diminta untuk menghentikan pernyebaran khabar angin berkenaan.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment