Monday, July 6, 2015

Filled Under:

Pencerahan Isu 'PENIAGA ONLINE PENIPU, SIMPANAN ANAK YATIM 50SEN SEHARI'

PENCERAHAN ISU 'PENIAGA ONLINE PENIPU'.
Assalamualaikum semua warga facebook. Saya, Muhammad Zulfadhli, 'peniaga online' yang dikecam tanpa soal selidik yang betul.
Tujuan saya kuarkan statement ni adalah bertujuan untuk bersihkan nama saya seperti yang disarankan oleh pihak polis dan yang terdekat. Selama ni saya diam, bukan bermakna saya mengiyakan apa yang diviralkan oleh pihak yang tidak tahu hujung pangkal, tapi sebab saya dalam usaha nak jejak orang yang jadikan saya ni mangsa keadaan. Malangnya, dia dah hilangkan diri.
Kat sini saya ada tampilkan bukti2 yang saya telah membuat pembayaran semula kepada mangsa dan usaha saya untuk menjernihkan keadaan ni beserta laporan polis yang dibuat bertujuan untuk mempertahankan diri dari terus dikecam.
Saya bukan berniat nak mengeruhkan keadaan, tapi ini adalah salah satu cara yang sewajarnya saya gunakan untuk membersihkn balik maruah saya & keluarga yng tercemar akibat perbuatan pihak ketiga.
Terpulang pada anda semua utk cakap apa pun, tapi tolong fikir sekejap ;
Kalau betul saya bersalah dan nak menganiaya orang, kenapa saya perlu cuba untuk contact pihak pembeli utk jernihkan keadaan ? Ada ke orang salah nk jernihkan keadaan ? Ada ke org mencuri nak pulangkan duit yang dia dah curi? Dan ada ke orang yang salah nak beranikan diri pergi ke balai untuk buat report sedangkan umum tahu kes penipuan ni bukan kes kecik untuk buat polis senang-senang tutup mata ?
Macam apa yang saya baca kisah2 sebelum ni, scammer banyak hilangkan diri dan diamkan diri bila dah jadi viral macam ni. Tapi kenapa saya pilih untuk tampilkan diri? Saya ada keluarga, saya ada kawan2, saya ada maruah, org2 yang terdekat dngn saya pun ada maruah? Apa perasaan dorg bila dorg kena ejek? Kena maki? Kalau pada orang lain yang buat salah dan tak rasa apa-apa, itu hal diorang. Tapi bagi saya, nak heret sekali maruah orang-orang yang saya sayang, yang terdekat dengan saya hanya kerana duit RM320, itu sangat-sangatlah tak berbaloi. Macam ada sesetengah orang yang komen post viral tu cakap ada kenal saya, tau saya sapa, tau saya tinggal kat mana, cuba pikir logik, orang kenal saya jadi saya tak lah bodoh nak conteng arang kat muka sendiri sedangkan selama hari ni saya tak penah ada rekod buruk di kalangan kenalan saya. NIAT SAYA CUMA SATU, NAK CARI DUIT POKET LEBIH UNTUK BANTU RINGANKN BEBAN MAMA AYAH UNTUK PENUHI KEPERLUAN SAMBUT RAYA KAMI SEKELUARGA.
Saya hanya bertindak sebagai orang tengah antara pembekal dan pembeli, atau banyak orang tau as " dropshipper" . Itu yang saya buat. Saya ambil komisen seperti yang dijanji oleh si 'pembekal' jika saya berjaya cari pelanggan. Jadi mana saya nak sangka dia tipu sebab duit saya dah bagi pada 'pembekal' tu. Saya tahu ini kes tipu selepas kakak kepada pembeli bagitau barang tak diterima seperti yang dijanjikan.
Now, saya jawab beberapa soalan yang saya ada baca.
1.Kenapa sy deactived fb? Jawapannya senang ja, sebab saya tak nak orang salah guna facebook saya lagi. Sebelum ada pihak yang cuba ambil gambar sy, viral sana sini, kecam sana sini, tambah2 pula dalam acc facebook sy banyak gambar sy dengan family, kawan2. Apa perasaan mereka kalau nampak semua tu?
2. Ada yang kata saya makan DUIT SEKOLAH ANAK-ANAK YATIM. Di sini saya nak jelaskan, ANAK ANAK YATIM yang dimaksudkan mangsa itu sebenarnya ialah anak sedara mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa, dan Xbox tu adalah hadiah utk anak sedara mereke. Yang tak percaya, boleh selidik.
Facebook warrior sekalian, tolonglh berhenti sebarkan sesuatu yang kalian tak selidik hujung pangkal. Selidik dulu, dengar dan nilai dua belah pihak bukan terus sebarkan. Kalian mungkin boleh viralkan IF SAYA DIAM DIRI, TAK DAPAT DIHUBUNGI OR ETC. Tapi dalam kes ni, semua orang boleh contact saya, bagi yang kenal saya boleh cari saya di mana. Jadi di mana yang dimaksudkan saya tak nak bertanggungjawab ???
Tapi tak pa. Saya syukur sebenarnya jadi benda ni. Sebab kalian buat saya kenal sapa kawan, sapa lawan. Yang mana ada berdiri bagi semangat untuk saya hadap dugaan ni, dan yang mana caci maki saya tanpa cuba tanya.
Sekarang ni, banyak orang yang cuba jadi dropship mcm saya untuk tambahkan duit poket. Kalaulah hal sebegini jadi kat salah sorang ahli keluarga or yang terdekat dengan kalian walhal tujuan nya hanya nak cari duit poket lebih, apa perasaan korang ? Maruah yang calar tu bukan senang nak tukar ganti smile emoticon

Terima kasih pada yang masih berdiri dengan saya, yang banyak memberi nasihat dan membantu. Dan TERIMA KASIH JUGA PADA YANG KECAM SAYA TANPA USUL PERIKSA ATAU TAHU HAL SEBENAR YANG SEDANG BERLAKU.
Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan nak keruhkan keadaan. Niat saya cuma nak bersihkan maruah diri saya, maruah ahli keluarga saya, maruah orang terdekat yang terkena tempias viral ni. Saya mohon supaya nama saya dibersihkn kembali dan viral ni diperbetulkan.
Lastly, saya minta maaf sekiranya penjelasan saya ni ada menyinggung mana mana pihak. Sekiranya ada sesiapa yang nak tahu lebih jelas, kalian boleh tanya direct pada saya atau pada pihak mangsa & keluarga.
Saya harap kes ni selesai kat sini sebab antara saya dan pihak mangsa juga dah selesai.
Assalamualaikum

Pencerahan Isu 'PENIAGA ONLINE PENIPU, SIMPANAN ANAK YATIM 50SEN SEHARI'


Pencerahan Isu 'PENIAGA ONLINE PENIPU, SIMPANAN ANAK YATIM 50SEN SEHARI'


Pencerahan Isu 'PENIAGA ONLINE PENIPU, SIMPANAN ANAK YATIM 50SEN SEHARI'

Pencerahan Isu 'PENIAGA ONLINE PENIPU, SIMPANAN ANAK YATIM 50SEN SEHARI'




0 comments:

Post a Comment