Wednesday, July 1, 2015

Filled Under:

Harga Minyak Sepatutnya Turun, Bukan Naik Seperti Dilakukan Kerajaan - Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, harga petrol di negara ini sepatutnya turnu dan bukannya dinaikkan seperti yang berlaku semalam kerana harga minyak dunia pada akhir Jun lalu jatuh.

Pada akhir Jun lalu, harga minyak dunia daripada US$66 setong telah jatuh kepada sekitar US$62 setong semalam.

Sebaliknya, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan harga RON95 yang bertentangan dengan paras harga minyak mentah dunia.

"Ini bermakna apabila harga minyak mentah dunia menurun ke arah paras USD60 setong seperti yang berlaku di akhir Jun, harga RON95 sepatutnya diturunkan ke arah paras RM1.70 seliter. Sebaliknya, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan harga RON95 yang bertentangan dengan paras harga minyak mentah dunia."

"Saya telah berulang-ulang kali menegaskan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak mesti menangani masalah kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat dengan segera dan berkesan kerana kejatuhan itu membebankan rakyat melalui 2 cara iaitu:

1) Harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negata masih banyak bergantung kepada import


2) Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah."katanya.

Rafizi menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bertanggungjawab kerana menaikkan harga tanpa mengambil kira harga minyak mentah dunia.

Manakal harga RON97 pula naik sebanyak 20 sen dari harga sebelumnya iaitu RM2.30 dan di mana harga diesel tidak mengalami kenaikan.




0 comments:

Post a Comment