KUALA LUMPUR - Kenyataan seorang tetamu jemputan program Celik Kewangan dalam isu Gaji Oh Gaji yang disiarkan oleh RTM1, dikritik hebat oleh netizen.
Syed Abdul Aziz Al Qubra, menyarankan agar rakyat tidak balik ke kampung untuk sambutan hari raya tahun ini demi menjimatkan minyak, tol, dan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
Video rakaman itu tersebar di laman sosial sejak semalam, menimbulkan perasaan tidak puas hati netizen yang menganggap cadangan itu seperti menggalakkan mereka menjadi anak derhaka.
"Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel. Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah.
"Padahal, dalam keadaan kita perlu membayar lebih di tahun ini berbanding tahun lepas. Jadi kalau ekonomi pun berubah, tapi sikap kita tidak berubah, mengapa harus terus-terusan menyalahkan GST," katanya.
Apa yang cuba disampaikan oleh Syed Abdul Aziz adalah sikap rakyat Malaysia yang terlalu banyak keinginan dalam diri mereka menyebabkan perbelanjaan harian mereka tidak terkawal.
Apabila gagal merancang kewangan yang baik, menjadikan mereka kekurangan wang dan lantas menyalahkan kerajaan di atas apa yang berlaku pada diri mereka
0 comments:
Post a Comment