Friday, July 3, 2015

Filled Under:

Luahan Rakyat Malaysia Yang Menetap Di London Mendapat 20 Ribu Share Di Facebook


Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Kota London semalam telah meluahkan kekecewaan beliau dengan perbezaan harga barangan di antara Malaysia dan di England.

Kisah ini menarik perhatian ramai natizen dan sehinggakan mendapat lebih 20 ribu share melalui Facebook.

Ini gambar tahun lepas. Dengan 5 pound (lebih kurang RM27), saya boleh dapat pisang sesikat, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce, dan 5 peket coklat Kinder Bueno kegemaran saya. Lima pound adalah bayaran satu jam bekerja part time. 


Di Malaysia, satu peket Kinder Bueno tu dah RM 4. 4X5 dan RM 20. Anggur RM 10, pisang RM 5, epal RM 5, lettuce RM 4. Total RM 44 lebih kurang. Dan bayaran kerja part time : satu jam = RM 4 sahaja. 



Bagaimanalah saya untuk tidak membenci negara saya sendiri. Tolonglah bagitahu kepada saya bagaimana????

Speechless!




Roti grain itu baru 80 pence. Nutella tu harga dia 2 pound lebih. Membanting tulang sejam, boleh dah makan nutella ngan roti sedap.




Meh nak cerita lagi. Cornfalkes itu sekotak baru 40 pence. Susu 1 pint tu satu pound jah. Kerja sejam dapat 5 pound, siap ada baki 2.6 pound boleh buat makan subway. Kat Mesia, kerja part time sejam belum boleh beli susu sekotak pun. 



Ni takoyaki ni. Satu paket baru 1.79 pound. Kerja kantin sejam, boleh beli 2. Siap ada duit baki lagi. Kerja kantin sejam dekat mesia, jangan kata takoyaki, kuih tako pun belum tentu boleh beli. Kerja sama penat. Sejam keluar peluh dekat London, sama je macam sejam keluar peluh dekat mesia. Rakyat kita sengsara, kita je yang buta!


 Ini gambar tahun lepas. Dengan 5pound (lebih kurang RM27), saya boleh dapat pisang sesikat, sekotak anggur hitam tanpa...


Berapa ramai yang baca kisah ini rasa nak berhijrah keluar dari Malaysia? Mari share cerita ini agar semua rakyat Malaysia tahu perbezaan kos sara hidup di negara kita dan negara luar. Sehinggakan ke hari ini kita masih lagi dimomokkan dengan kos sara hidup yang sangat tinggi di negara-negara maju, tapi sedangkan realitinya jauh meleset. Sabarkan!





0 comments:

Post a Comment