Wednesday, July 1, 2015

Filled Under:

Nothing2Hide: Penganjur Forum Letak Semua Jawatan Dalam UMNO



Penganjur program bicara bersama Perdana Menteri, #Nothing2Hide, Datuk Khairul Anwar Rahmat dikatakan telah meletak semua jawatannya di dalam UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang berbuat demikian kerana membunyai komitmen lain iaitu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.

Khairul yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wartawan di berita Harian telah membuat keputusan tersebut selepas mendapat restu daripada ibunya dan perbincangan dengan ahli keluarganya.

"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak,"katanya.

Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naik Ketua Umno bahagian itu dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.




0 comments:

Post a Comment