Wednesday, July 22, 2015

Tiada Amukan Gajah Dilaporkan, Orang Ramai Diminta Henti Sebar Khabar Angin


Gerik : Berikutan tersebarnya beberapa keping gambar di laman sosial yang menjadi viral kononnya berlaku kemalangan melibatkan gajah mengamuk di Banjaran Titiwangsa berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa.

Dalam maklumat yang disebarkan di laman sosial sebelum ini mendakwa dalam kemalangan tersebut menyebabkan beberapa orang telah meninggal kerana diserang gajah liar yang mengamuk.

Namun perkara ini dinafikan oleh pihak polis dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin berkenaan yang dilihat seperti mahu menakut-nakutkan orang ramai yang melalui jalan tersebut di mana ia merupakan jalan utama menghubungkan utara tanah air dengan Kelantan.



Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.

“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya.

Selain dari maklumat Harian Metro, SK sendiri menjumpai kenyataan yang dibuat oleh saudara mangsa kemalangan yang menafikan kejadian tersebut berpunca dari serangan gajah.



Jadi orang ramai terutamanya pengguna media sosial diminta untuk menghentikan pernyebaran khabar angin berkenaan.

SUMBER


Ramai Manusia Bodoh Sokong Si Ratu Nyah Antarabangsa Ini Bertudung


Satu Caption yang dikeluarkan di Instagram Nur Sajat Atau Nama Jantannya Nur Sajat Fariz Ini yang bergitu rimas apabila ramai yang dok tanya dia lelaki ke perempuan. Malah ada yang bertanya kenapa bertudung dan ambil anak angkat.

Nur Sajat berterima kasih kepada mereka yang bergitu prihatin dengan dirinya. Tapi itu bukan pointnya. Admin nak snapshot ayat-ayat bodoh kononya backup si Nyah ni bertudung. Woi bodoh, haram tetap haram bebal. Geram pulak admin dibuatnya..

"Saya suka tgk@nursajat02 mcm nie. Lebih ayu dan sopan. Pedulikan org nk cakap apa as long as make u happy."

"Betul tu...sajat buat itu dan ini pun salah,ambil anak angkat pun salah...semua nak bercakap pasal nagetif sahaja...sajat tak nak comment lebih2...baik kita diam dari menjawab.."

"Sajat sentiasa memaafkan mereka yang berkata macam2 pada sajat...sajat hanya buat terbaik pada diri sajat...apa sajat buat dan sajat lakukan,sajat sentiasa sher sama2.."

"Hahhhhh! Tudiah caption @nursajat02 . Chill la. Senyum ja apa yang hatters dok comment. Pasal mulot, macam2 boleh terjadi. Yang kenal awk, dyerng tahu awk mcm mana. Perjalanan awk semua. Itu di antara awk dan Allah. Bukannye tukar agama. Itu saya pon bagi buku lima ������. Hahaha��. Yang mana nak nasihat tuhh, pi la PRIVATE TEXT dengan sajat. Bukan dok comment terang2 kat sini untuk menjatuhkan maruah saudara islam kita. Kalau rasa nak nasihat , boleh text private. Tak jadi masalah pon. Be professional. Itu baru namanya menjalankan tanggungjawab kita sesama islam di jalan yang betol. Ape darrrr. Tak yah nak gaduh2 pon or sakit hati. Dok gitu penasihat sekalian?? Haha. Relax lah. Banyak cara boleh buat. Islam itu mudah. ✌��️. Chill lah @nursajat02 . ����������������"

"@nursajat02 ..x semua benci awk dlm keadaan awk mcm ni.ramai je skrg dh open dan bleh trima awk.kerana itu urusan awk dgn Allah..tp sya jgk kurang stuju awk berhijab..kerana awk seorg yg agak femes.sya rsa awk adlh ikon bgi golongan sprti awk..tindakan awk brhijab ni akn mnjadi trend dan ikutan golongan sperti awk nnt..lebih parah,mngkin satu hari nnt bleh berlaku kekeliruan dlm msyrkt..mngkin ada yg btl2 merasakan dirinya wanita shingga berani berada di saf wanita atau msuk toilet wanita nnt..pda pdpt sya.klu awk nk teringin nk pakai jgk,pakai snyap2..jgn upload dlm instagram or other medium..jika awk mulakan trend ni,prcayalah akn smakin ramai berani ikut lepas ni..please mmg bnda nmpk kcik tpi impak sgt besar pda msyrkt..lgpn klu awk x brhijab awk x berdosa pn kn..hijab hanya wajib tuk wanita my dear,bkn sebaliknya..psl anak angkt tu,xda mslh spa pn nk jaga..yg x skong tu,ckp je kat dia..ur mom is green..nnt snyap la diorg..maaf kn sya klu kata2 sya kasar..sya doakn awk kuat tuk brubah.sbnrnya ramai syg awk,kerana syg mereka nk awk brubah sblm trlmbt..gud luck bro sajat.:)

amanda.sky1Coi.. Over gile sampai nk pakai tudung bagai . Tintong ke nok. Hormon amek lebih.."


ALFATIHAH: Anak Tak Henti Kejut Arwah Ibu - "Mama, Bangunlah"

Sharul Raziman Osman (duduk,kanan) memujuk anaknya Nur Adni Afeefa, 3, yang tidak henti-henti memanggil arwah ibunya Mahfuzah Ishak dan adiknya Mohamad Harraz Zafran mangsa kemalangan di Lembah Beringin Hulu Selangor awal pagi tadi. - Foto Bernama


KUANTAN - "Mama, bangunlah...ramai orang datang rumah kita," kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, 3, cuba mengejutkan jenazah ibunya, Mahfuzah Ishak yang disangka sedang tidur.

Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenazah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya 'sakit'.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenazah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam ini.

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan awal hari ini.

Kemalangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor, pukul 6 pagi ini.

Kereta dipandu Shahrul Raziman.

Turut berada dalam kenderaan itu ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah, Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam ini.

Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah semasa kemalangan berlaku.

"Kami bertolak dari Pekan pada pukul 11 malam semalam. Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas," katanya.

Beliau menyatakan kesal, semasa kemalangan tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan.

Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan.

Sementara itu, ayah mangsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga dari lima beradik itu ialah pada pukul 3 petang semalam, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

"Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat keracunan makanan jam 4 petang semalam. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah.

"Saya diberitahu anak meninggal dunia pada pukul 10 pagi ini. Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir," katanya.



Perlu Tunjuk Sijil Nikah Sebelum Tengok Wayang


Majlis Daerah Perak Tengah memaklumkan pasangan yang ingin menggunakan kerusi berkembar atau couple seat bagi menonton wayang di pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak perlu menunjukkan sijil nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Menurut Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed, syarat tersebut ditetapkan pihak Majlis Daerah sekitar pertengahan tahun 2014 selepas permohonan dibuat pihak pengurusan pawagam berkenaan, empat tahun lalu.

Tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, pihak pengurusan pawagam itu akan dikenakan tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi syarat yang dipersetujui bersama Majlis Daerah.

“Denda akan dikenakan kepada pihak pawagam dan kemungkinan lesen perniagaan juga akan digantung sekiranya pasangan bukan muhrim ditangkap menggunakan couple seat. Pasangan yang didapati bersalah melanggar peraturan pula akan diberikan khidmat kaunseling,” katanya dipetik daripada Malaysian Digest.

Jelasnya lagi, serbuan secara mengejut juga akan dilakukan oleh pihak JAIP di pawagam itu namun sehingga kini tiada sebarang laporan dan tangkapan dibuat membabitkan pasangan bukan muhrim yang melanggar peraturan.


LRT Terbakar Berhampiran Stesen Setiawangsa & Stesen Universiti



LRT terbakar berdekatan Stesen Universiti.

KUALA LUMPUR: Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi dipercayai akibat masalah brek.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizah Ismail berkata ketika anggota bomba di tempat kejadian mendapati asap tebal memenuhi ruang di salah satu daripada empat gerabah tren berkenaan.



"Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya. -

[Gambar Kebakaran di Setiawangsa]







[Kemaskini]

Satu lagi kebakaran yang membabitkan LRT berlaku kira-kira jam 12.15 tengahhari tadi berdekatan Stesen Universiti.

Sebuah LRT 4 gerabak terbakar di bahagian penyambung dan kebakaran dipercayai berpunca dari masalah brek.

[Gambar Kebakaran di Stesen Universiti]




Video kejadian di Stesen LRT Universiti

 


Monday, July 20, 2015

[VIDEO] Suami Berjaya Merakam Saat Genting Isteri BERSALIN DALAM KERETA


VIDEO ini memaparkan saat-saat genting seorang wanita yang bersalin di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pusat bersalin di Houstan, Texas.

Detik mendebarkan itu telah dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kenderaan tersebut sementara wanita itu duduk di sebelahnya.

Video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu itu mendapat perhatian orang ramai dan sudah ditonton lebih 4 juta kali di Youtube.
Menerusi video itu, selepas menjerit beberapa kali, wanita itu mula menyedari bahawa dia terpaksa melahirkan serta menyambut anaknya itu sendiri.


Bayi lelaki seberat lebih 4 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, mereka sudah mempunyai dua anak perempuan.
Sudah pasti ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan mereka.


Video Cina tipu Awek Cantik . Sekali Abang Ngah Datang Terjah .










Pelanggan Geram Dengan Pemilik Jubah Popular Ini


Pemilik Jubah Popular di katakan tidak mahu membayar bayaran balik jubah yang di beli oleh pelanggannya. Rupanya ramai yang mengeluh dengan Pemilik jubah (gambar di atas) yang dikatakan tidak menjaga hati pelanggan.

Lebih perit, kebanyakkan komen-komen negetif di Instagram milik mereka di delete dengan pantas. Kalau korang tengok semua komen-komen yang ada di instagram milik @nuramirah11 berbunyi memuji sahaja.

"bukan salah syarikat? Once customer dah bayar, ada bukti pembayaran, syarikat PERLU HANTAR BRG DGN KUALITI YG DIJANJIKAN. Kalau tak customer boleh saman 10 kali ganda atas banyak sebab 1) buang masa 2) buang duit 3) penipuan 4) melibatkan emosi 5) hak pembeli 6) melanggar etika jual beli. Org miskin tak boleh beli elrah? LOL. Mmbr i dapat jubah raya elrah , dia carut sekali , mintak refund sekali , tak reply takpe sudahnye dia buat lap kaki je bro "

"Aku memg xde mslh dgn depa 2org ni..lantak pi la nk selpi ka,makeup tebai 10inci ka,kaya ka,tertonggeng ka,terlangkup ka...tp tolong la jaga manners bila attend cust even dln wasap skali pon.abg aku tepon xagkt semua nmbor,wasap 3kali baru balas tu pon say sorry pon xdak...lg mau cakap xblh refund,suh pilih lain...hellooo...u sndri pos salah warna,dgn baju jahit ntah pape,lg mau kerek...memg jd alas lap kaki la bju brand ko tu....Ada aku kesah ko masuk TV?kalau ko sndri xreti nak jg manners dgn cust sndri...buat malu org Kedah je la.."

Tak Sampai Sejam Komen Kena Delete

"dekat sini memang tempat meluahkn perasaan tidak puas hati, lgi pun klu comm dkt ig kakak dn abang awak tu tk sampai sejam dh kene delete tk sempat org lain bca utk dijd kn pedoman"

ABANG Kepada Pemilik Jubah Mohon Maaf

"Takpe awk mesej no sy. Sy trace kn awk nye order. Sy minta maaf klau berlaku ketidak selesaan pd smua pihak. Bnyk bnda berlaku diluar jgkaan kami. Dan sy berhrap permohonan maaf kmi dterima oleh kerana kmi msih baru dlm business ni dan kmi akn baiki dari masa ke semasa."

SUMBER


ALFATIHAH !!! Meninggal Dunia di Rumah Bujang Saat Semua Rakan Balik Beraya


“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.

Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015).

Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab.

Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.

Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.

Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.

Bergambar kenangan bersama arwah Farid dan rakan rumah bujang semasa majlis akad nikah aku 16 Mei 2015

Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.

Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.

“No raya on this year…work until die”

Farid seakan-akan tahu akan meninggal dunia. Sungguh mengejutkan! Kemungkinan dia meninggal dunia pada malam raya. Mungkin meninggal dunia semasa tidur, berdasarkan keadaannya yang baring di atas tilam siap berselimut.
 Rumah bujang aku yang beralamat Lot 1998 Jalan 18/39 Taman Sri Serdang, Seri Kembangan Selangor

Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.

Sumber : BlogAmmar


Thursday, July 16, 2015

'Ketua Polis Negara Berbohong. Hanya Shahrul Naik Ke Atas' - Peguam


Update ‪#‎lowyatt7‬

Saya baru selesai membuat sidang media di Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi.

Saya membidas kenyataan media IGP semalam diplaza Low Yatt.

IGP bercakap bohong.

1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.

2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang di bebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kamitidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.

NAMPAKNYA PDRM DAH SEMAKIN HILANG KREDIBILITI APABILA IGP BERTINDAK MENGELIRUKAN ORANG AWAM DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN BOHONG.

MANA MUNGKIN POLIS MENANGKAP, MENYIASAT DAN TERUS MENUDUH ANAKGUAM KAMI SEBAGAI PENJENAYAH SEPERTI MANA KENYATAAN IGP SEMALAM KERANA MAHKAMAH, HAKIM DAN BUKTI2 BELUM DI KEMUKAKAN .

SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DI BUKTIKAN SEBAGAI BERSALAH.

OLEH ITU JANGAN RISAU LOWYATT7, BARISAN PEGUAM TERHANDAL NEGARA BAKAL MEWAKILI ANDA SEMUA.

ALLAHUAKBAR!!!

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ

0129770412

Kenyataan video yang dibuat oleh beliau boleh tonton dibawah:





Penjelasan Ketua Polis Negara Selepas Dituduh Berbohong Oleh Peguam


KUALA LUMPUR - Tindakan peguambela tertuduh yang didakwa mencuri di Plaza Low Yat, Sabtu lalu, dikatakan mempunyai niat yang tidak baik dengan mendakwa Ketua Polis Negara berbohong.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau Buzze Azam memang akan melakukan apa saja untuk memberikan gambaran kepada anak guamannya tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa saja untuk melepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang positif dadah dalam air kencing. Peguam ada niat lain, niat tak baik," katanya. 

Buzze Azam sebelum ini mendakwa Ketua Polis Negara berbohong pada kenyataan medianya di Plaza Low Yat yang mengatakan tertuduh mencuri bersama dengan rakannya. Menurut Buzze Azam, Shahrul hanya berseorangan, tiada melibatkan mana-mana rakannya.

Buzze Azam turut mengemaskini status Facebooknya dengan mengatakan Tan Sri Khalid ada menggelarnya bodoh.

Sumber: MyMediaHub



SEBARKAN: RM30 Ribu Lesap Dibawa Lari Peniaga Online




Wednesday, July 15, 2015

Bekas Guru Mendedahkan Sikap Sebenar Muridnya Yang Terlibat Insiden Gaduh Di Low Yat



Lewat petang semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pergaduhan di Low Yat tempoh hari sama sekali bukan berpunca daripada penipuan tapi sebaliknya melibatkan kes curi.

Tak apalah biar pihak polis lakukan tugas mereka. Apa yang kami nak kongsikan ialah luahan sayu guru kepada lelaki yang terlibat dengan insiden pergaduhan terbabit.

Menurut guru ini, dirinya cukup sedih dengan tindakan bekas pelajarnya itu yang bernama Jimmy (berbaju belang merah putih).

Tambahnya lagi, Jimmy memang seorang yang taat namun tindakannya telah menghuru harakan dan menyusahkan ramai pihak hingga menyebabkan ibunya turut bersedih dan menangis.

Seperti RM10 yang diberikan oleh saya kepada awak. Disebabkan hadiah itu, awak menjadi seorang pelajar yang cukup taat dan mengikuti segala arahan di sekolah namun selalu terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat


Guru berkenaan berharap Jimmy belajar daripada kesilapan dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Sehingga kini status guru terbabit telah mendapat lebih 500 ‘share’ di laman Facebook.


Sumer Facebook : Noorul Aaron