Sunday, May 10, 2015

Filled Under:

Sebab Dan Punca Pesawat MH179 Berpatah Balik

Sebab Dan Punca Pesawat MH179 Berpatah Balik

Sebab Dan Punca Pesawat MH179 Berpatah Balik


Sebab dan punca MH179 berpatah balik pada awal penerbangan semalam adalah berpunca daripada gangguan salah seorang penumpang di dalam pesawat itu.

Disebabkan itu, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) iaitu pesawat MH179 yang dari Kuala Lumpur ke Colombo, terpaksa berpatah baik berikutan daripada gangguan seorang penumpang yang mabuk.

Penumpang terbabit cuba untuk mencetuskan suasana yang tidak tenteram terhadap anak-anak kapal penerbangan MAS, sejurus selepas penerbangan itu bermula.

Oleh kerana saiz badan penumpang itu lebih besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal MAS daripada diganggu oleh penumpang mabuk berkenaan.

Demi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka di atas kapal, juruterbang terpaksa membuat keputusan untuk berpatah balik. 

Setelah pesawat tiba di KLIA, penumpang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.Keadaan pesawat terbabit dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.


Sebab Dan Punca Pesawat MH179 Berpusing Di Perairan Selat Melaka.


Sebuah pesawat MH179 dikatakan telah berpatah balik selepas berpusing-pusing di sekitar perairan selat Melaka hampir selama 2 jam.

Menurut satu sumber, pesawat yang hendak menuju ke Colombo, Sri Lanka itu terbang dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sekitar jam 11.30 malam.

Manakala pada jam 1.30 pagi, pesawat itu sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas hampir dua jam membakar bahan api. Sebabnya pesawat MH179 berpusing adalah, hanya untuk mengurangkan beban berat ketika hendak mendarat nanti.


Sebab Dan Punca Pesawat MH179 Berpatah Balik




0 comments:

Post a Comment