Saturday, May 23, 2015
Filled Under:
Lelaki mati cuba curi kabel pencawang TNB, mayat sudah berulat
Posted By:
a
on 3:15 AM
MAYAT MANGSA DITEMUI DALAM LONGKANG. FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI
MANJUNG : LELAKI DITEMUI MAUT AKIBAT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK SELEPAS DIKATAKAN CUBA MENCURI KABEL PENCAWANG TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DI TAMAN PANTAI SAUJANA, PANTAI REMIS, DI SINI, SEMALAM.
MAYAT MANGSA YANG BERUSIA 24 TAHUN DITEMUI ORANG AWAM 4 PETANG SEMALAM DALAM KEADAAN BERULAT DAN TERBARING DALAM LONGKANG BERHAMPIRAN PENCAWANG TERBABIT.
DIFAHAMKAN MANGSA SEORANG PENAGIH DADAH DIKATAKAN CUBA MEMOTONG KABEL DALAM KOTAK SUIS DI PENCAWANG TNB ITU SEBELUM TERKENA RENJATAN ELEKTRIK.
MENURUT SUMBER, MANGSA DIKATAKAN BERSAMA SEORANG RAKANNYA KETIKA KEJADIAN NAMUN RAKAN MANGSA MELARIKAN DIRI DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL SEBAIK KEJADIAN BERLAKU.
SEMENTARA ITU, KETUA POLIS DAERAH MANJUNG ASISTEN KOMISIONER TENGKU MOHD ZAILAN TENGKU AHMAD SHAH BERKATA, MANGSA BARU SAHAJA KELUAR DARI PUSAT PEMULIHAN DADAH DAN TIDAK PULANG KE RUMAH SEJAK TIGA HARI LALU.
"HASIL SIASATAN MENDAPATI MANGSA SUDAH MENINGGAL DUNIA SEJAK TIGA HARI LALU," KATANYA.
SUMBER : HARIAN METRO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment