Saturday, May 23, 2015
Filled Under:
6 sahabat didakwa perkosa gadis dalam bilik hotel di Port Dickson
Posted By:
a
on 3:17 AM
TERTUDUH DIBAWA KE MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN.
SEREMBAN: ENAM SAHABAT TERMASUK SEORANG REMAJA LELAKI BERUSIA 17 TAHUN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN DI SINI, SEMALAM, TERHADAP PERTUDUHAN MEROGOL SEORANG GADIS DI SEBUAH HOTEL DI PORT DICKSON, DEKAT SINI, 1 MEI LALU.
KEENAM-ENAM TERTUDUH IAITU MUHAMAD ARIF ISMAIL, MUHAMAD AZIQ SHAFEE, MUHAMMAD JOHAN EQMALHAKIM, MOHAMAD ZUL AZAM MAZLI, MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ ABD RAHIM MASING-MASING BERUSIA 20 TAHUN DAN SEORANG PESALAH JUVANA BAGAIMANAPUN MENGAKU TIDAK BERSALAH TERHADAP PERTUDUHAN BERKENAAN.
PENGAKUAN ITU DIBUAT SEBAIK PERTUDUHAN DIBACAKAN SECARA BERASINGAN OLEH JURUBAHASA DI HADAPAN HAKIM KAMARUDIN KAMSUN.
MENGIKUT PERTUDUHAN, SEMUA TERTUDUH DIDAKWA MEROGOL SEORANG GADIS BERUSIA 21 TAHUN DI DALAM SEBUAH BILIK DI HOTEL PD MARINA, TELOK KEMANG, PORT DICKSON DEKAT SINI, ANTARA JAM 10.30 MALAM HINGGA JAM 12 TENGAH MALAM, PADA 1 MEI LALU.
BAGI PERBUATAN ITU, MEREKA DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 376 KANUN KESEKSAAN YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 20 TAHUN DAN BOLEH DIKENAKAN SEBATAN JIKA SABIT KESALAHAN.
SUMBER - HARIAN METRO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment