Thursday, May 21, 2015

Filled Under:

Ferrari habis minyak punca kesesakan trafik terjawap



KUALA LUMPUR - Mungkin ia dianggap kejadian yang memalukan apabila anda memandu kerata mewah berjuta ringgit tetapi tanpa dijangka kereta itu terhenti di tengah jalan.

Itu adalah pengalaman pahit yang berlaku kepada seorang pemilik kereta mewah, Ferrari 458 Italia apabila kereta yang dipandunya kehabisan minyak di Jalan Mahameru, di sini semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan berkenaan.

Lebih malang, pemilik kereta mewah itu yang dikenali sebagai Hafiz turut dikenakan saman oleh pegawai polis trafik yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

Menurut laman Facebook, Trafik KL yang turut memuat naik beberapa foto kereta Ferrari itu, pemandu tersebut di saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian diri sendiri yang menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pemandu tersebut turut dikenakan dua lagi saman membabitkan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran yang mana nombor plat hadapan dilabel dengan butiran kesalahan “No. pendaftaran hadapan fancy” manakala bahagian belakang sebagai “tidak mengikut peraturan”.

Jadi, peringatan kepada semua pemilik kenderaan terutama kereta mewah pastikan anda mengisi minyak secukupnya untuk mengelakkan anda mendapat malu akibat mengganggu lalu lintas dan paling malang disaman trafik.






0 comments:

Post a Comment