Saturday, May 16, 2015

Filled Under:

Peragut Malang Dibelasah Orang Ramai







Peragut malang dibelasah orang ramai, apabila satu cubaan untuk meragut seorang wanita akhirnya gagal, dan menyebabkan dia dibelasah orang ramai yang berada disitu.

Seorang lelaki cedera parah apabila dia dibelasah oleh orang ramai, manakala seorang lagi rakannya sempat melarikan diri selepas meragut seorang wanita di sebuah tempat letak kereta sebuah pasar raya.

Kejadian yang berlaku di Jalan Penrissen (Kuching) pada sekitar jam 3.30 petang kelmarin itu, melibatkan seorang suspek yang berusia 27 tahun bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal dalam satu cubaan meragut seorang wanita.

Walau bagaimanapun, wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu cuba melawan, dan pergelutan antara mangsa dan kedua-dua suspek itu telah menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.


Cubaan Peragut Untuk Melarikan Diri Gagal Selepas Dibelasah Orang Ramai


Suspek kemudiannya melepaskan beg tangan mangsa dan cuba untuk melarikan diri. Namun, dia tidak berjaya apabila orang ramai mengepung lokasi kejadian dan mengejar suspek.

Sewaktu melarikan diri, motosikal yang dinaiki mereka terlanggar sebuah kereta dan menyebabkan kedua-dua suspek terjatuh. Seorang daripadanya sempat melarikan diri.

Orang ramai yang berang dengan kejadian itu, terus membelasah suspek dan menyebabkannya cedera di muka dan badan. Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Itulah padah daripada perbuatan meragut yang menyebabkan, Peragut Malang Dibelasah Orang Ramai.




0 comments:

Post a Comment