Sunday, May 17, 2015

Filled Under:

Pelajar Dipukul Dengan Kayu Oleh Ustaz Gara Gara Solat Subuh di Luar..

Hanya kerana tidak menunaikan solat subuh di madrasah tahfiznya, seorang pelajar dipukul dengan kayu oleh seorang ustaz yang berang dengan tindakannya itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab. Rahman Raja Mohmed berkata siasatan mendapati pelajar terbabit telah keluar untuk solat subuh di masjid berhampiran dan terus tidak memasuki kelas agama di madrasa tersebut.


Akibat daripada itu, mangsa yang dipanggil oleh ustaz berkenaan telah dipanggil ke surau lalu dipukul dengan kayu di hadapan pelajar tahfiz yang lain sehingga lebam dan berdarah.

Sumber: Harian Metro




0 comments:

Post a Comment