Sunday, May 17, 2015

Filled Under:

Budak Sekolah Langgan GRO..

Sembilan remaja berusia antara 16 sehingga 18 tahun ditahan polis dalam satu serbuan mengejut di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, semalam.

Lebih mengejutkan lagi, ketika ditahan remaja-remaja belasan tahun itu sedang dibelai oleh GRO di dalam bilik karaoke pusat hiburan berkenaan.

Serbuan oleh Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu turut memberkas 14 warga asing dari Vietnam yang disyaki bekerja sebagai GRO.

Sumber: Harian Metro.






0 comments:

Post a Comment