Sunday, May 17, 2015

Filled Under:

5 Foto Kebakaran & Kerosakkan di Stadium Sultan Mizan Terengganu..

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi dicemari dengan insiden apabila penyokong Terengganu menyerang pengadil sebaik tamat perlawanan.

Difahamkan insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang dikatakan banyak memihak kepada pihak lawan menyebabkan skuad Penyu gagal ke pentas akhir selepas tewas dengan kelebihan jaringan 1 gol di tempat lawan.

Berikutan rusuhan itu, pintu masuk utama pecah manakala sebahagian besar tempat duduk rosak selain ada yang mengalami kecederaan.

Sehingga saat ini rusuhan teruk apabila penyokong bertindak ganas dengan membakar sebahagian tempat duduk dan kenderaan ambulan.

Difahamkan ada penyokong yang mengalami kecederaan, manakala Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Malah, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.












0 comments:

Post a Comment