Wednesday, March 18, 2015

Filled Under:

Umur 23, anak 11 orang

umur-23-anak-11-orang


















GAZA, (MLP) - Seorang wanita berusia 23 tahun mencipta rekod tersendiri apabila sudah memiliki 11 orang anak.

Naeema, 23, dan suaminya Raad, 27, dikurniakan 11 cahaya mata, termasuk kembar lima, yang kesemuanya di bawah usia 9 tahun.

Pasangan itu berkahwin 9 tahun lepas.

Kata Naeema, dipetik dalam laman web emirates247, dia gembira dengan kurniaan itu namun mengakui kasihan dengan suaminya yang tidak mampu menanggung anak yang ramai.

Suaminya kini bertugas dalam sektor kerajaan.

Tambah Naeema lagi, seperti wanita lain, dia tidak merancang untuk punya anak seramai itu.

Kerana anak yang ramai itu, Naeema mengakui tidak dapat keluar rumah dan masanya hanya dihabiskan bersama anak-anak.




0 comments:

Post a Comment