MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas mengetahui cerita sebenar, anda pasti berdekah-dekah ketawa.
Senang cakap, inilah contoh individu yang suka membuat andaian tanpa menyelidik dahulu. Hanya kerana satu imej kabur muncul dalam foto yang diambil, mudah betul si penyebar mengatakan ia adalah penampakan entiti paranormal!
Dimuat naik dalam akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu menceritakan pengalamannya yang menyeramkan ketika melakukan riadah di sebuah kawasan di Simpang Pulai, Perak.
Selang beberapa minit selepas mengambil foto di sekitar kawasan tersebut, dia kembali melihat imej-imej itu. Namun, ada sesuatu yang menaikkan bulu romanya. Nak tahu apa?
Menurut si tukang cerita, satu entiti aneh dikesan dalam foto sedangkan ketika kamera diklik, ‘makhluk’ tersebut langsung tak kelihatan. Paling menakutkan adalah keadaan kakinya yang boleh menimbulkan pelbagai andaian.
Selepas mengesan imej ‘seram’ dalam foto itu katanya, dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari kot-kot dia salah lihat tapi memang sah ‘makhluk’ tersebut tak ada di sekitar kawasan tersebut.
Nah, kita kasi zoom sikit…
Pengalaman seram yang dikongsikan di Internet ini apa lagi… dengan pantas menerima pelbagai reaksi netizen yang turut kecut perut dan sama-sama meneka apakah sebenarnya ‘makhluk’ itu.
Namun tak lama kemudian, kisah tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ada pihak berkongsikan satu gambar sebijik rupa ‘makhluk’ yang muncul secara tak sengaja dalam foto diambil si pengadu.
Rupa-rupanya, ia bukanlah penampakan hantu seperti yang diperkatakan individu tersebut. Imej itu hanyalah seorang lelaki yang memakai seluar celoreng jingga.
Adoi, tak pasal-pasal abang tu dapat title jembalang hanya kerana imejnya tidak jelas dan kelihatan aneh…
Kes seperti ini sebenarnya sering terjadi. Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang kononnya imej hantu dikesan dalam foto diambil, namun setelah diselidik ia hanyalah kesan pantulan cahaya, trick kamera mahupun kesilapan-kesilapan lain.
Jadi lain kali, pastikan ‘hantu betul’ baru kongsi di laman sosial kalau anda tak nak dapat malu seperti ini!
- MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment