"Flightless bird," demikian tulis pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar, 24, melalui Instagramnya baru-baru ini.
Berikutan itu, dia menerima banyak kritikan gara-gara memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya sudah tidak memakai tudung.
Bila ditanya oleh media, Nina pantas menafikan penampikannya itu ada kena mengena dengan isu putus tunang sebagaimana yang didakwa
"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya," ujarnya yang bertunang secara senyap dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, pada Ogos tahun lalu.
Mengenai gambar yang dimuat naik di laman Instagram yang sudah tidak bertudung, menurut Nina perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan orang.
"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sumber : Myartis

0 comments:
Post a Comment