Saturday, March 28, 2015

Filled Under:

(Gambar) - Tayang Lurah Dada, Dayang Nurfaizah dan Diana Danielle Dikutuk peminat

Tayang
SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah. Tapi, gara-gara gambar yang dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yang menghentamnya.
Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah, semalam.
komen12
Ternyata pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai. Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah, lapor Mynewshub.




0 comments:

Post a Comment