Tuesday, March 24, 2015

Filled Under:

Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas Di Pergunungan Alps

[Image: Germanwings_Airbus_A320-MailOnline-600x360.jpg]

Sebuah pesawat jenis Airbus 320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Germanwing, anak syarikat Lufthansa, terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, beliau difahamkan antara 142 dan 150 orang berada di atas pesawat itu dan dikhuatiri mati.

“Punca nahas tidak diketahui pada masa ini,” kata Valls kepada pemberita seperti yang dilaporkan agensi berita antarabangsa Reuters.
Akhbar tempatan Perancis, La Provence menyebut pesawat itu membawa 142 penumpang, dua juruterbang dan empat krew.

Sementara itu jurucakap pihak berkuasa penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette kira-kira 100 km ke utara bandar Perancis Riviera Nice.

Bagaimanapun Germanwings Lufthansa berkata ia belum dapat mengesahkan laporan kemalangan itu.

Menurut pangkalan data airfleets.net, pesawat Airbus A320 yang terhempas itu berusia 24 tahun dan telah berkhidmat dengan Lufthansa sejak 1991.




0 comments:

Post a Comment