Tuesday, November 3, 2015

Filled Under:

Pelajar SPM Cedera Parah Dalam Nahas Jalanraya Di Butterworth

Seorang pelajar calon SPM Sekolah Menengah Telok Ayer Tawar yang sedang menjalani peperiksaan SPM cedera parah dalam nahas jalanraya. Kemalangan berlaku di Jalan Telok Air Tawar, Butterworth berpunca dari sebuah kereta Exora.

Pelajar SPM Cedera Parah Dalam Nahas Jalanraya Di Butterworth

Difahamkan, kereta tu masuk jalan dan motor yang dipandu pelajar tu yang dikenali Mohd Farhan, 17 tak sempat nak brek dan jatuh. Kemudian dilanggar pulak oleh sebuah kenderaan lain.


Disebabkan kemalangan tu, Farhan cedera parah di bahagian kepala dan patah paha kiri. Masa tu Farhan baru aje selesai peperiksaan kertas Pengajian Seni dalam perjalanan balik ke rumah dia di Permatang Sintok, Kepala Batas.

Difahamkan juga, kereta Exora yang terbabit tu dia berhenti kejap, lepas tu cabut lari meninggalkan tempat kejadian. Dah langgar orang sampai koma, lari pulak! Takut la tu!

Tapi nak lari mana, polis akan cari sampai dapat punya la! Kesian la kat budak lelaki tu.. So, adik-adik yang ambik SPM ni hati-hati la masa korang nak pi dan balik dari sekolah tu ye..




0 comments:

Post a Comment