Sunday, November 15, 2015

Filled Under:

Kenapa keluarga Alvin Tan Berdiam Diri?

Kuala Lumpur – Utusan Malaysia hari ini melalui ruangan pojoknya Awang Selamat mempersoalkan sikap berdiam diri keluarga blogger seks Alvin Tan yang seringkali mencetuskan kontroversi sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Baru-baru ini, Tan, 26, dikecam hebat selepas memuat naik gambarnya sedang membuang air besar sambil kelihatan seperti membaca Al-Quran dan menggunakan helaian kertasnya sebagai kertas tandas.

“Awang tertanya-tanya mengapa sampai hari ini keluarga Alvin tidak tampil memohon maaf dan memisahkan diri daripada perbuatan tidak berakhlak dan ekstrem itu. Apakah mereka merestui tindakannya?

“Banyak persoalan berlegar apabila menyentuh tentang Alvin. Apakah dia membesar dengan tidak cukup kasih sayang, suka memalukan agama anutannya, hadapi masalah pembawaan haiwan dalam diri atau celaru minda tahap sakit mental? Entahlah,” soal Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Menurut Awang Selamat, walaupun sebelum ini ada pihak yang menggesa supaya rakyat Malaysia tidak melayan perbuatan Tan itu kerana ia dikatakan sebagai salah satu usahanya mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat (AS), jika umat Islam mendiamkan diri, ia akan memberkan mesej yang salah.

“Dalam isu ini ada pihak berpendapat umat Islam tidak perlu memberi perhatian atau melayan segala komen Alvin.

“Pada satu segi Awang setuju tetapi memandangkan kesan perbuatannya sangat besar mudaratnya, tidak salah untuk memberikan reaksi sewajarnya. Jika kita berdiam, ia memberikan mesej yang salah.

“Apa pun alasan, Alvin tidak boleh dibiar terlepas begitu sahaja.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sama ada berjaya diekstradisi atau tidak, lambat laun, Alvin akan terhukum dengan sendirinya dalam apa sahaja bentuk yang dia sendiri sebenarnya undang,” katanya.

Menurut Awang Selamat, tindakan Tan yang enggan meminta maaf atas perbuatan biadapnya sebelum ini menyerlahkan lagi siapa sebenarnya rasis dan ekstermis.

“Maka dia yang bacul lari daripada proses undang-undang negara dan kemudian berani bertindak dari jauh, tidak layak menjad warganegara Malaysia.

“Biarlah Alvin hidup di AS termasuk jika mahu diangkat sebagai wira tetapi di Malaysia, beliau hanya najis menjijikkan yang membawa jangkitan,” katanya.





0 comments:

Post a Comment