Assalamualaikum kawanku,
Ini cerita latar belakang diriku
Nama aku Nurul atirah binti Md. Norhaslan
Aku dilahirkan di Taiping Perak, aku mempunyai seorang adik perempuan
bernama Nurul Atikah. Nasib diriku tak seperti kawan-kawan lain yang
mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. sejak umur aku 3 tahun
mak dan ayah aku telah berpisah. Semasa iti mak aku baru melahirkan adik aku.
Mak aku sakit teruk. Ayah aku selalu pukul mak aku masa mak aku mengandungkan
adik aku.
Sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberikan duit untuk
makan minum aku dan adik. Mak pulak selau sakit-sakit dan tidak boleh bekerja.
Aku dan adik tinggal dengan Opah tokwan sebab mak tak boleh bekerja. Sejak itu
ayah tak pernah datang melawat aku dan adik aku.
mak kata ayah dah kahwin lain. Aku dan adik aku tak pernah langsung mendapat
kasih sayang ayah. aku sedih sangat. Adik lagi kesian sebab langsung tak
pernah kenal siapa ayah kami. Aku mendapat berita ayah sudah meninggal.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment