Yatt Hamzah
Pelakon Yatt Hamzah, yang memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, awal bulan lalu percaya rumah tangganya masih boleh diselamatkan.
Peguam Syarie Nuraini Fauzi yang mewakili Yatt selaku plaintif memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan anak guamnya mahu kes tersebut diselesaikan secara baik. Sehubungan itu beliau memohon mahkamah memberikan masa selama sebulan bagi membolehkan pelakon itu meneruskan perbincangan dengan suaminya.
0 comments:
Post a Comment