DUA warga Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan IS dan muncul dalam rakaman video penggal kepala seorang rakyat Syria telah dikenal pasti.
Dua pemuda terbabit dikenali sebagai Mohd Faris Anuar, 20, dari Gurun, Kedah dan Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, 26, dari Durian Tunggal, Melaka.
Identiti mereka berdua disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, di Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik seorang individu menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh.
Ayub Khan berkata, video berkenaan merupakan rakaman pertama yang diperoleh PDRM setakat ini, menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian.
Mohd Faris yang dipercayai merekod video terbabit didapati telah ke Syria pada 23 September tahun lepas, manakala Muhamad Wanndy yang berada di sebelah mayat disembelih dikenal pasti btiba di Syria pada 26 Januari lalu.
Akaun Facebook memaparkan video tersebut bagaimanapun sudah tidak lagi aktif hari ini.
0 comments:
Post a Comment