Monday, March 2, 2015

Filled Under:

Punca Sayu Wanita Seberat 800Kg Kini Kurus Hingga 90Kg Tersebar

Seorang wanita yang mempunyai berat badan hampir 800 kilogram kini telah berjaya menurunkan berat badannya kepada 90 kilogram.

Mayra Rosales telah diberikan gelaran pembunuh setengah tan selepas mengaku secara tidak sengaja membunuh anak saudaranya iaitu Eliseo dengan menghempap ke atas kanak-kanak itu.

Dia bertindak sebegitu hanya kerana mahu melindungi kakaknya, Jamie daripada disumbat ke penjara kerana memukul kanak-kanak tersebut.

Selepas perkara sebenar terbongkar, Jamie dihukum penjara selama 15 tahun kerana didapati bersalah mendera anak kandungnya.





Selepas kejadian itu kira-kira pada tahun 2008, Rosales nekad untuk menjadi sihat bagi membolehkan dia menjaga anak-anak Jamie yang lain.

Sejak 2011, dia telah kehilangan lebih 300 kilogram dengan bantuan 11 pembedahan temasuk pembedahan gastrik bypass dan pembedahan bagi membuang lebihan kulit badan selepas kehilangan berat badan yang banyak.

“Sebelum ini saya hidup untuk makan, namun kini pandangan saya terhadap makanan sudah berubah malah saya kini mengamalkan makan untuk hidup.

Pakar bedah dari Houston, Dr. Younan Nowzaradan menyatakan dia dapat melihat bagaimana Rosales berjaya membuat perubahan dalam hidupnya.

“Selama ini dia hanya terbaring di atas katil dan tidak langsung mempunyai kehidupan. Namun selepas dia berjaya bangkit dari katil, dia mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi,” katanya.




0 comments:

Post a Comment