Friday, March 13, 2015

Filled Under:

Mangsa Rogol Dedah Kes Disebat 200 Kali



- Gambar hiasan



ARAB SAUDI - Seorang wanita yang menjadi mangsa rogol dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan serta 200 sebatan oleh Mahkamah Agung.



Memetik laporan portal PressTV, wanita berkenaan yang merupakan mangsa rogol beramai-ramai telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana berkongsi kepada para media mengenai jenayah yang telah berlaku ke atas dirinya.



Menurut media Iran itu, wanita terbabit dikatakan menaiki kenderaan seorang rakan lelaki sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil. 



Mangsa yang pada ketika itu berusia 19 tahun kemudiannya diperkosa oleh tujuh lelaki lain. Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.



Sebelum ini, wanita itu telah dikenakan 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim.



Undang-undang Arab Saudi telah menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam haruslah ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.



Nasib malang wanita berusia 28 tahun itu berterusan apabila peguam yang mewakilinya dilarang mengendalikan kes tersebut. Ia adalah kerana lesen peguam itu telah dirampas pihak mahkamah lantaran bertindak mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada pihak media.



Walau bagaimanapun, sekumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sahaja.




0 comments:

Post a Comment