Friday, March 13, 2015

Filled Under:

Kostum Cicak Man 3 Paling Mahal???

Kostum Cicak Man 3 Paling Mahal???

Ya ,itu lah tajuk yang hendak aku kongsikan kepada anda semua.Sebenarnya Filem Cicak Man 3 ini telah pun di tayangkan di pawagam pada 12 Mac yang lepas. Kali ini dengan watak hero yang berbeza dan juga ditambah dengan karekter baru iaitu "Superbro".


Yang pasti, ia bukan sekuel kepada Cicakman 1 dan Cicakman 2. Kini, selepas tujuh tahun Cicakman kembali digarap KRU Studios bersama Grand Brilliance dan Astro Shaw dengan adunan jalan cerita serta perwatakan yang berbeza.Ia menyaksikan watak Man dan Cicakman dibawa Zizan Razak menggantikan Saiful Apek.

Selain itu, filem arahan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar ini juga memperkenalkan karakter baru iaitu Superbro lakonan Fizz Fairuz yang mencetuskan elemen ‘the dark site’ dalam filem ini.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim, transformasi watak Superbro dari lakaran kepada realiti membabitkan kos yang tinggi

“Kostum Superbro jauh lebih mahal berbanding Cicakman kerana ia dihasilkan lengkap dengan sistem teknologi.


“Kostum untuk kedua-dua watak itu saja mencecah ratusan ribu ringgit. Malah, kos paling tinggi untuk pembikinan filem ini ialah dalam menghasilkan dua kostum itu,”katanya

Haa ..kalau kostum pun dah cecah ratusan ribu mesti filem pun kena lebih daripada itu la, kalau tidak"makan modal" la jawabnya ...





0 comments:

Post a Comment