Terkenal dengan jolokan ‘kelab jantan kaya’ berikutan beratus pelanggan lelaki berkerumun memenuhi premis hiburan di Solaris, Mont Kiara di sini, saban malam.
Kebanyakan pelanggan lelaki yang muncul menaiki kereta mewah dikesan berhajat mendapatkan khidmat seks puluhan pelacur warga asing ditawarkan di premis itu.
Semua 85 wanita jelita terbabit didatangkan khas dari Thailand, Kemboja dan Laos dan tampil dengan hanya memakai pakaian dalam.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas lima pegawai polis bersama 23 anggota dari Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Superintendan Razali Abu Samah melakukan serbuan mengejut jam 1.45 pagi semalam.
Razali berkata, 150 pelanggan lelaki berhibur dan memilih pasangan di pusat hiburan itu.
0 comments:
Post a Comment