NIGERIA: Malang seorang suami yang mempunyai saiz zakar terlalu besar apabila seorang wanita memfailkan tuntutan perceraian selepas mendakwa dia tidak mampu menahan kesakitan setiap kali mengadakan hubungan intim bersama suaminya.
Wanita yang mempunyai tiga anak iaitu Aisyah Dannupawa dari Nigeria membuat tuntutan kepada Mahkamah Syariah agar membatalkan perkahwinannya bersama suami, Ali Maizinari selepas seminggu mendirikan rumah tangga.
Menurut beberapa laporan portal berita antarabangsa semalam, pengadu turut memaklumkan kepada mahkamah dia berkahwin dengan Ali selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini.
Jelas Aisyah, masalah tersebut timbul selepas dia berpindah ke rumah ibu bapanya.
Katanya ketika perbicaraan, setiap kali mereka mengadakan hubungan seks ia seolah menjadi mimpi ngeri kepadanya ekoran saiz alat sulit suami yang terlalu besar.
“Apabila dia (Ali) datang, kami mengadakan hubungan seks tetapi pengalaman itu satu mimpi ngeri.
"Daripada menikmati seks, ia bertukar menjadi sesuatu yang lain kerana zakarnya terlalu besar,” katanya.
Bagaimanapun, Ali ketika perbicaraan tuntutan cerai Aisyah terhadapnya tidak menafikan mempunyai saiz zakar yang terlalu besar.
Ali turut memberitahu mahkamah bahawa dia bersetuju untuk menceraikan isterinya sekiranya mas kahwin yang diberikan kepada Aisyah dibayar semula.
- mD
Thursday, March 5, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment