Thursday, March 5, 2015

Filled Under:

Gaji Lumayan RM14,000 untuk Beza Jantina Anak Ayam

Industri ternakan di United Kingdom semakin berkembang tetapi mengalami masalah untuk mencari pekerja yang sanggup melakukan kerja ini walaupun gaji yang ditawarkan sangat tinggi iaitu RM14,000 sebulan.
Gaji Lumayan RM14,000 untuk Beza Jantina Anak AyamKerja ini hanya memerlukan 3 hingga 5 saat untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut, namun perlukan latihan selama 3 tahun dan perlukan kepekaan dalam menentukan jantina ayam tersebut. Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu ditentukan jantinanya dengan ketetapan 97 hingga 98 peratus.
“Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan. Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka” kata Ketua Eksekutif Majlis Ternakan Ayam British yang dipetik dari Metro.uk.




0 comments:

Post a Comment