Saturday, March 7, 2015

Filled Under:

Ayda Jebat Akui Sukakan Zul Ariffin Tapi..



Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra6

gaya


Ayda Jebat membuat pengakuan berani mati terhadap hero gandingannya dalam drama bersiri popular, Rindu Awak 200 Peratus, Zul Ariffin!

Tapi jangan cepat salah sangka, Ayda bukan sukakan Zul sehingga nak jadi kekasih aktor itu sebaliknya dia menyatakan hanya sukakan Zul tak lebih daripada rakan artis.
Katanya, “Ya… saya menyukai Zul Ariffin. Siapa tidak suka jejaka macho sepertinya dan saya yakin semua wanita menaruh hati padanya. Bagaimanapun, hubungan kami tidak lebih sebagai rakan sekerja.
“Lagipun, semua sedia maklum Zul sudah memiliki kekasih hati. Jadi saya tidak mahu pihak di sana terasa hati apabila kami terus dikaitkan. Bagi saya, tiada isu perampas kerana saya tidak pernah mengelak apabila terserempak dengan kekasihnya (Gayatri Su-Lin Pillai),” kata Ayda.
Gosip antara Ayda dan Zul dikatakan bertebaran selepas ramai peminat tegar Rindu Awak 200 Peratus mengharapkan mereka benar-benar bercinta selain banyak gambar-gambar membayangkan kemesraan antara dua pelakon ini tersebar.
Kesian dengan Ayda, tak pasal-pasal dia dikaitkan dengan isu nak rampas kekasih orang.
Bertabahlah dengan permainan gosip yang sememangnya dah sebati dengan kehidupan glamor para selebriti seperti anda ye..




0 comments:

Post a Comment