Baru sahaja isu dituduh mengamuk kerana kecundang ditangan Zero oleh sebuah akhbar tempatan,Jep Sepahtu dikhabarkan telah terlibat dalam satu kemalangan kecil.
Sebelum ini, Pelakon Dato Rosyam nor juga mengalami kemalangan kerana memandu semasa hujan.
Baca disini : Rosyam Nor Kemalangan, Kereta Rosak Teruk
jep sepahtu kemalangan
Jep telah memuatnaik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya bersama status “Alhamdulillah dan takdir”. Gambar itu menampakkan kereta Jep sepahtu calar dan pancit pada bahagian tayar hadapan. Ramai peminat yang beranggapan mungkin ia disebabkan lubang di jalan raya kerana rim tersebut telah bengkok.
kereta jep sepahtu
Jep bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan Jep bernasib baik kerana mempunyai kawan yang boleh membantu untuk membetulkan kereta tersebut.
Keadaan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi faktor kemalangan jep ini. Apapun diharap Jep lebih berhati-hati semasa memandu, lubang yang ada akibat hakisan di jalan raya boleh menjadi faktor utama kemalangan jadi berhati-hati dan awasi lubang di jalanan.
Sumber : Instagram JEP Sepahtu
0 comments:
Post a Comment