Friday, February 27, 2015

Filled Under:

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel dijangka naik pada Mac 2015

Harga Minyak Petrol diesel Mac 2015
Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mac 2015. Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Oleh itu harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mac 2015 akan diumumkan pada hujung bulan Februari 2015.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Februari 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan Mac 2015. 


Dari desas desus di laman sosial, harga RON 95 dan diesel untuk Mac 2015, dijangka akan naik sedikit mengikut harga terdahulu Januari 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.




0 comments:

Post a Comment