Masih belum sejuk dengan kes video lelaki bertopeng menyiarkan video yang mempergunakan gambar Nora danish kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara malaysia dan mahu menyerang mahkamah, Kini muncul pula video kali kedua. Bezanya kali ini mereka menggunakan gambar Jaafar Onn dan mengugut(ancaman) mahu membunuh Ketua Polis Negara.
Pengganas ini menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi dan didalam video tersebut mereka mengugut mahu membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan kereta beliau dan adegan tersebut ditunjukkan oleh mereka didalam rakaman video berdurasi 1:27 saat ini.
video lelaki bertopeng
Jaafar onn video pengganas
Nora danish yang juga mangsa video sebelum ini sudah mengalami trauma dan fobia untuk berada diluar rumah sehingga perlu berteman sekiranya terpaksa keluar rumah atas urusan penting.
Penggunaan gambar artis ini mungkin tidak lebih dari sekadar mahukan perhatian supaya video mereka menjadi viral dan ianya sampai kepada pihak dituju. Namun, perkara ini bukanlah jenaka atau gurauan malah ia harus dipandang serius kerana hal ini melibatkan keselamatan negara yang kita cinta. Pihak berwajib harus segera mengambil langkah terbaik untuk menanggani dan seterusnya menyelesaikan perkara buruk ini.
0 comments:
Post a Comment