Saturday, February 28, 2015

Filled Under:

Babi Gemuk Sujud Depan Kuil Buddha Jadi Viral Di China



 Perayaan Tahun Baru Cina yang akan berakhir dengan sambutan Chap Goh Meh minggu hadapan mencetuskan sensasi di China apabila gambar seekor babi gemuk kelihatan bersujud di depan sebuah kuil Buddha, menurut media tempatan.

Ramai pelawat mengambil peluang memuat naik beberapa gambar dan video aksi selamba babi tersebut yang dianggarkan seberat 150 kilogram di pekarangan kuil berkenaan di Wenzhou, wilayah Zhejiang.
Gambar dan visual haiwan najis mughallazah itu menjadi viral dan mencetuskan perdebatan soal apakah sebenarnya dilakukan mamalia tersebut kerana tiada seorang pun berkesempatan untuk bertanya babi berkenaan.

Babi tersebut kelihatan bersujud dengan dua kaki depan dilipat, dan dikelilingi ramai pengunjung di mana insiden berlaku ketika satu upacara ritual keagamaan Buddha sedang berlangsung di dalam kuil itu.
Babi tersebut dilaporkan dalam posisi bersujud selama beberapa jam dan hanya meninggalkan tempatnya bersujud setelah sekelompok sami keluar dari dalam kuil dan kemudian terus melantunkan beberapa kalimah daripada kitab suci Buddha.
Para pengguna media sosial WeiBo di China; seumpama Twitter, yakin babi itu sedang berziarah ibadah dan mencari berkat tahun baharu di kuil itu manakala ada mengesyaki haiwan itu cuma cari makan atau beristirahat setelah penat berjalan.
Segelintir pengguna WeiBo  mendakwa si babi mungkin menderita kurang vitamin E yang boleh melemahkan kemampuan berdiri dengan empat kakinya.
Setelah gambar babi menjadi viral, akhirnya pemilik haiwan haram tersebut, Huang tampil memberi penjelasan bahawa babi montok itu hilang dari ladang ternakannya pada pagi 22 Februari pagi ketika ia sedang leka mencari makan.
Malangnya, dia yang tidak sedar kisah babi itu menjadi sensasi di laman internet dilaporkan sudah memotong haiwan tersebut untuk dimakan dan jika Huang tahu peliharaannya sudah menjadi bintang terkenal, pasti babi itu masih hidup.
“Saya sudah memelihara babi ini bertahun-tahun, tetapi belum pernah melihat hal semacam ini. Saya sepatutnya tidak memotongnya,” kata Huang yang terkejut dengan aksi babinya itu yangmenjadi viral menerusi internet.
Penternak itu malah mendakwa, tiada seekor pun babi ternakannya menghidap penyakit tetapi hairan, jika haiwan tersebut berasa takut, ia seharusnya tidak bersujud manja dan membiarkan orang di sekeliling melihatnya sedemikian rupa.
Bayangkanlah, jika babi tersebut masih hidup lagi, haiwan itu pasti terkenal dan dikunjungi ramai peminatnya dari seluruh China yang tentunya berebut-rebut mengambil gambar selfie dan autograf daripada binatang berkenaan. – Agensi




0 comments:

Post a Comment