Wednesday, August 12, 2015

Filled Under:

TURUN KE JALANRAYA!!! : Tun M Berpakat Dengan Wan Azizah?


Zamannya telah berlalu. Jasanya tidak ternilai. Namun adakah setelah "meninggalkan" kepimpinan negara, segala yang "haram" di zaman Tun kini "dihalalkan?".

"Alhamdulillah. Itu bermakna dia faham perasaan rakyat dan kebelakangan ini kita lihat Tun Dr Mahathir lantang dalam kritikan kepada Perdana Menteri.

"Dia tentunya faham dengan mekanisme kerajaan tetapi kalau sekarang ini dia rasa perkara yang rakyat rasa, Alhamdulillah," kata Dr Wan Azizah selepas pelancaran buku meja kopi, Reformasi: Perjuangan Diteruskan (1998 - 2015) di Puchong.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gembira apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Datuk Seri Najib Razak perlu disingkirkan.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tindakan Dr Mahathir yang memperbaharui seruannya agar Najib disingkirkan demi menyelesaikan krisis negara sekarang ini.           

Dr Mahathir petang ini pada majlis dialog di Universiti Tuanku Abdul Rahman, Kajang tidak menolak yang salah satu kaedah bagi menyingkirkan Najib adalah dengan turun ke jalan raya.


"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.

"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang bertanggungjawab memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.




0 comments:

Post a Comment